Ke atas

EXNESS akan menjadi Rakan Pasukan dengan Pasukan Formula One Infiniti Red Bull Racing

Oct. 15, 2014



EXNESS akan menjadi Rakan Pasukan dengan pasukan Formula One Infiniti Red Bull Racing.  Perkongsian ini akan bermula pada 1 Januari 2015 dan logo EXNESS akan tertera pada kokpit kereta pasukan Formula One.

Petr Valov, Pengarah EXNESS berkata: “Kami amat berbangga menjadi Rakan Pasukan dengan Infiniti Red Bull Racing.  Kedua-dua, Red Bull dan Formula One adalah dua jenama terkuat dan paling menarik di dunia, dan pasukan Infiniti Red Bull Racing mempunyai falsafah yang amat serupa dengan EXNESS - kami berdua adalah pasukan yang muda dan bercita-cita tinggi, dan kami berkongsi nilai kebebasan dan dorongan yang sama.”

Mengalu-alukan EXNESS sebagai Rakan Pasukan, Christian Horner, Ketua Pasukan Infiniti Red Bull Racing berkata: “Kami amat berbesar hati EXNESS akan menyertai pasukan kami tahun hadapan.  Pendekatan kami sebagai sebuah pasukan adalah untuk melakukan perkara dengan cara yang berbeza, dengan komitmen yang kukuh terhadap kualiti dan kecemerlangan.  Ini adalah prinsip yang kami kongsi dengan EXNESS dan kami amat menantikan kerjasama ini pada musim yang akan datang.”

Pengumuman EXNESS ini diikuti dengan satu tempoh pertumbuhan yang luar biasa oleh pihak syarikat dan peluasan ke seluruh dunia. Dalam bulan September tahun ini, volum dagangan EXNESS telah melebihi US$190 bilion.

host www.exness.com | env production